Classmates- 2 Arif

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, esok bertarikh 10/7/2013 masuk bulan Ramadhan dan esok puasa yay malam ni solat terawih yay happynya yay
Selamat berpuasa.

Rujuk tajuk post kita kali ni, mesti cerita pasal kawan kan?
Yelah, dah tajuknya 'classmates', mesti cerita pasal kawan kawan.
Harini banyak benda yang berlaku dekat kelas.
Alhamdulillah, harini aku happy yay lepastu esok cuti yay esok puasa yay (hahaha)

Siapa yang happykan aku? Ok meh sini aku taip nama nama yang dah happykan aku harini.
Nor Ain, Mok, Nurin, Syahirah (Sya), Ayu, Shahadah, Saidatul, Fazlin, Radin, Dinie, Amir Hamzah, Fitri Firdaus.
Lagi siapa ye. Aaaa ramai lagi sebenarnya. Cukuplah tu.

Tadi, masa PJ. Cikgu Mastura sediakan 2 jenis bola. Satu bola sepak, lagi satu bola jaring.
Okay, aku bingung. Sebab cikgu cakap "siapa nak main bolah jaring, main dekat dataran. siapa nak main bola sepak, terus ke padang. siapa tak nak main, masuk kelas"
Mana yang patut aku pilih? Sure aku ikut kawan kawan aku (budak perempuan 2 Arif). Iaitu ke padang.
Sambil jalan, sambil fikir. Kalau aku ke padang, maksudnya aku kena main bola sepak lah ni?
Aku fikir lagi. Mungkinkah ini rekod pertama aku main bola sepak.
Aku fikir lagi. Nak join mereka tak ye. Atau aku duduk tepi tengokkan mereka main.
Aku fikir lagi. Alaaa esok puasa. Nak main puas puas sebelum puasa hahaha.
Ok penat aku berfikir. Last-last aku join jelah mereka main bola sepak. Rekod pertama aku main bola sepak wuuuuuuu (sorak sorak)
Eh, aku dah sampai tengah padang ke ni? Kenapa macam dekat sangat. Dan aku harap, harini padang sekolah, kami (pelajar perempuan 2 Arif) yang punya. Enjoy!!

Dah sampai tengah tengah padang ni. Apa perlu aku buat? Tercengak je ke? Oh no. Ni lah tiba masanya aku goalkan untuk team aku (hahaha)
Ada 13 player je. Then dibahagikan dua team. Satu Kelantan, satu JDT.
Kelantan; aku, Nurin, Mok, Khaleelah, Saidatul, Dinie.
JDT; Sya, Shada, Ayu, Fazlin, Radin, Meera, Ain (lebih 1 takpe)
Aku tendang bola kemain jauh tau. Hebat (puju diri sendiri) Tapi yang sedihnya, kena ambil sendiri. Jauh.
Tendang sana. Tendang sini. Bola ada dekat kaki aku. Apa yang patut aku lakukan? Jaringkan lah 1 goal.
Lari lari lari lari macam cerita Supa Strikas tu, lari lari lari lari ooooooo bola terlepas kahkahkah
Takpe fa, cuba lagi. Ok aku cuba cuba cuba dan cuba.
Woi, bola ada dekat depan aku ni. Adakah ni masanya untuk aku jaringkan 1 goal untuk team sendiri?
Yeahhhh goal. Aku, Saidatul dengan Nurin dah macam orang apa terjerit jerit dekat tengah padang bila aku jaringkan goal. Happy sangat!
Yang Ayu dah terduduk dekat tengah padang. Penat
Berapa minit kemudian, team JDT pulak goal.
Mok lah ni hayal. Apa punya keeper lah ni (hahahahaha)

Berapa minit kemudian, Nurin jatuh.
Nurin jatuh dengan begitu comel, comel dan comel. Ingatkan jatuh biasa. Bila bangun dari jatuh, kaki luka berdarah, seluar koyak.
Aku nampak darah! omg! Dalam hati cakap "hebatnya nurin main bola sampai jatuh luka mengalah real player (hahahaha)"
Ok sambung main. Semua macam dah penat. Awan dah mendung menunjukkan harini nak hujan.
Baru dalam hati cakap macam tu, hujan betul.
Alhamdulillah, rahmat Allah. Kami pun cepat cepat beredar dari padang sekolah. Bye padang, see you next time.

Jam menunjukkan pukul berapa entah tapi aku tahu, sekarang waktu Pendidikan Islam.
Masuk kelas. Aku takut. Takut sebab pbs. Aku risau takut tak dapat jawab.
Tiba tiba cikgu masuk kelas. Hemmmm buat pafa rupanya. Pbs buat Khamis nanti.
Tajuk pafa harini 'tayyamum'. Atas meja ada satu tupperwear debu tanah yang suci.
Sah! Semua kena!
Cikgu suruh Fitri jadi testimoni depan kelas. Dah buat buat buat, dia boleh pulak lupa nak niat. Buat lawak ke apa?
Ok teruskan.
Gilir-gilir. Pelajar lelaki dahulu. Lepastu, pelajar perempuan.

Sebenarnya dekat kelas tadi ada satu pergaduhan antara Darussalam dan Muizzuddin.
As you know, Darussalam kaki buli.
Dulu pertama kali aku masuk kelas 2 Arif, aku ada lah juga kena buli dengan dia. Tapi sekejap je.
Tapi Muiz ni tahan kan bila orang buli dia.
Bila aku tengok Muiz dibuli, aku fikir...
'kenapa Muiz selalu dikhianati'
Aku pelik. Tapi dah arr.
Malas nak ambil berat sangat. Dia bukan pakwe aku pun. Kawan kawan je cakap yang dia tu pakwe aku. Ah tak kuasa mak, nak...

Ada lagi 10 minit nak rehat. Apa yang perlu aku buat?
Keluar kelas? Oh tak boleh. Dekat luar hujan lebat.
Sementara tunggu waktu rehat, duduk dengan Nurin, Dinie and Fazlin. Kongsi cerita. Best!!
Cakap, cakap, cakap dan cakap. Dah 10 minit. Waktu rehat.
Mata tengok luar. Ya ALLAH! Banjir. Ni sekolah aku ke? Sekolah aku banjir ke? Bermonolog sendiri.
Semua budak buka kasut nak pergi koperasi. Aku? Ah memang tak ah. Jijik eUW.
Keluar kelas. Macam mana ni nak pergi koperasi.
Hujan lebat. Jalan menghala ke koperasi banjir tahap cipanzi. Tak kan aku nak buka kasut?
Eeee tolonglah.
Aku dengan Irna redah jelah. Redha basah pun basah lah.
Bukan aku sorang yang basah kasutnya. Ramai lagi manusia yang kasutnya basah. So aku tak ambil kesah sangat.
Sepanjang jalan pimpin tangan Irna sambil terloncat sana terloncat sini.
Bila difikirkan balik. Kenapa aku terloncat sana terloncat sini?
Nak kate aku dengan Irna nak ngelak air, paras air semua sama rata. Pelik.
Hmm tak kisahlah. Yang penting aku dah sampai koperasi dengan Irna.
Masuk koperasi. Baunya, nauzubillah., Penguk. Aku tahan tahan tahan dan tahan.
Ramai betul manusia dekat koperasi sekolah tadi kan? Oh lupa. Hujan, semua lapar (hihihi).

Ok dah bayar apa semua. Keluar koperasi. Leganya sebab dah keluar dari koperasi yang sendat mendat tu.
Fuh!~
Balik kelas. Aku tengok Jia Qing dah genggoleng dekat lecak depan kelas.
Aku cakap dalam hati "Oi tu haiwan ke manusia yg genggoleng depan kelas (hahaha)"
Dan aku rasa Jia Qing pengotor sangat sangat.
Masuk kelas. Aku tak tahu nak buat apa. Kesunyian.
Kawan kawan aku semua dah buka kasut main lecak depan kelas. Eh bukan lecak. Banjir.
Engko hingat, aku nak main benda macam tu. Oh tolonglah.
Lebih baik aku tulis benda yang nak ditweet dekat twitter untuk harini.
Jadi, aku keluarkan buku catatan sekolah.
Aku tulis;
1. Assalamualaikum and hye?
2. Aku nak cakap ni, harini aku happy
|
46. .........

Aku rajin orangnya (hahaha). Aku kalau bosan, tulis apa yang nak ditweet.
Hantu apetah yang rasuk aku kasi idea banyak nak tweet.
Kalaulah depan mata aku ni ada laptop/komputer/handphone, dah lama aku buka twitter. Serious.
Aku buntu. Aku tulis, tulis dan tulis.
Tiba-tiba, Ain datang dari belakang.
Dengan segeranya aku tutup buku catatan. Aku takut Ain nampak apa yang aku buat.
Ain diri sebelah. Aku tengok Ain dari atas sampai ke bawah, lepastu cakap "eeee ain ke ni. kasut mana kasut?"
Ain buat muka comel. Lepastu Ain cakap "tadi ain main banjir dekat luar. best tau. tengok? kaki ain bersih tau. takde kudis macam orang lain *sambil tunjuk kaki*"
Kahkahkah, seorang insan lagi yang ceriakan aku harini. Terima kasih Ain.

Berapa minit tu, aku keluar sekejap je. Aku tengok keadaan dekat luar bagaimana.
Banjir.
Ada yang goleng goleng atas air macam badak sumbu (Jia Qing). Ada yang lari lari.
Aku tak kesahlah. Aku tengokkan je. Lepastu simpan dalam kepala, ceritakan segalanya di twitter dan update post dekat blog.
Kerja aku itu je. Update update update dan update. Sebab aku suka arr.
Ada yang ambil penyodok sampah. Baling baling air dekat kawan.
Aku fikir, kenapa ramai budak perempuan lari lari ni. Tak malu ke kaum adam tengokkan?
Tak kesah. Tu hal mereka. Masuk kelas, sambung tulis apa yang nak ditweet.

Ain datang lagi. Aku ingatkan Ain, tolonglah jangan main hujan, nanti demam.
Dah berapa kali aku cakap? Aku tak kira pulak.
Tapi Ain degil. Dah arr, penat aku cakap. Terpulanglah.
Berapa minit, dia panggil. Ada apa? Baju basah. Sebab apa? Fitri buat.
Aku fikir, kan dah cakap tadi. Duduk dalam kelas, jangan keluar, nanti kena hujan, demam. Degil. Habis, basah baju Ain.

Ok aku rasa aku dah terlebih ni. Tajuk 'classmates' tapi ada cerita Ain pulak.
Maaf.
Apa apa pun, harini aku happy.
Nak bagitahu ni, tadi aku kena twitlimit hahahahaha ok bye tapi sekarang dah bebas.

Salam Ramadhan,
NazifaYunos (2Arif)