Kelas memandu

Assalamualaikum w.b.t...

Okay dalam post ni aku nak cerita peristiwa untuk dua hari sekaligus hehehe kalau ikutkan nak buat untuk hari pertama tapi tak sihat so aku gabungkan terus.

Straight to the point. Aku amik lesen guna agent je sebab harganya lebih mampu milik dan yang pasti kurang RM1000 sebab range price amik lesen dekat kawasan aku ni semua RM1100 dan ke atas. Antara salah satu sebab aku amik lesen lambat (padahal kawan kawan lain semua dah lulus) sebab aku survey harga hahaha bila kawan aku dah lulus, aku tanya agent dia berapa. Ada yang RM1200 ada yang RM1100 ada yang RM1050 okay so aku relax dulu duduk rumah. Sampai satu masa ni aku nampak ig Radin dia baru lepas lulus JPJ so aku pun whatsapp dia tanya agent mana and the price. Bagi aku okay lah sebab lebih murah daripada agent yang lain (below RM1000). Nanti dekat hujung post aku share contact number agent tu bagi yang area PARIT RAJA, BATU PAHAT, JOHOR sahaja.

DAY 1

Kelmarin (29/3/2017 Rabu) merupakan kelas memandu aku yang pertama. Oh ya lupa nak cakap Alhamdulillah seminggu sebelum aku start kelas memandu ada ujian komputer aku lulus dapat 44/50 (jimat RM30 aku huhuhu) sebabnya kalau gagal kena bayar okay tapi sebelum pergi ujian tu aku dah standby duit sikit dekat dompet sebab kita tak dapat jangka apa yang berlaku kan hehe

Nama cikgu memandu aku Mak Iti. Mak iti ajar dalam jalan litar je. Kalau jalan raya besar Pak Enal (pak zainal). Disebabkan aku langsung tak pernah bawa kereta so kelasnya tengah hari sebab mak iti kata lebih lengang dan tak serabut ramai orang. Aku pun ikut jelah. Hari pertama tu pak enal yang ajar aku ni klas, brek, minya blablabla---

Pak enal suruh aku jalan dalam litar je around 5 pusingan macamtu. Lepastu tiba-tiba dia cakap "okay keluar belok kiri". Weh aku tak tahu nak sumpah ke apa sebab terkejut sebab tiba tiba suruh aku pergi jalan besar hahaha yang sengalnya aku pergi tanya semula "serious kee????" "iyelah" haaha okay....

Nak keluar pusat latihan memandu tu ada jambatan emm dekat situ aku termati sekali sebab aku masih tak pandai control klas minyak ape semua tu yelah first time kot!!!! Aku pun jalan jer rileks je tapi boleh dikatakan sakit badan jugak lah sebab menahan punya pasal hahaha

Quite panjang jugak lah jalannya sebab pusat latihan memandu tempat aku tu jauh ke kampung dalam dalam dalam dalam dalam so jalan pun kecik tak kecik tapi masih berhati-hati. Masa tengah drive tu boleh pulak pak enal "ok lepasni pergi mana" "eh mana lah saya tahun saya bukan orang sini, tak tahu jalan" haa so pak enal guide je aku belok sana sini aku pun ikut jelah

Rupanya tembus old street. Ada simpang empat. Time aku tu lampu merah. Aku relaks bagi gear bebas lepastu masa dah nak start jalan tu kenalah tukar gear kan. Aduh enjin termati hahahaa okay relax buat semula. Aduh mati lagi hahahaah takpe takpe nervous sebab first time kan. Lepastu dah okay dah. Nasib baik belakang aku tu budak baru belajar memandu jugak so aku tak malu sangat hehehe

Jalan macam biasa~~~

Tiba bpmall, lampu merah lagi. Uish dah lah depan sekali haa korang rasa enjin aku mati tak?

MATI

OK

MATI. Dua kali ahahhaha...

Takpe relax lagi sebab belakang masih budak yang baru belajar memandu jugak. Lepastu jalan macam biasa, Dipendekkan cerita, aku bawa kereta dekat sejam. Dalam litar aku bawa 20minit macamtu. Dekat jalan raya besar 40minit.

Sebab apa aku tahu? Sebelum start memandu tu aku amik gambar jalan litar hahaha lepastu dah habis turun kereta tu aku tengok phone haa okay tepat satu jam. Dah habis kelas tu mak iti cakap kat aku "ko bawa kereta laju eh sampai 60 70km/j?" haahaha and i was like emm geram dan tak sedap hati sebab kesian dekat kereta belakang hahahaha


DAY 2

(30/3/2017 Khamis). Pak enal masih lagi ajar aku dia suruh pusing dekat litar 2 kali lepastu keluar jalan macam kelmarin. Drive macam biasa. Alhamdulillah dekat jalan tak mati langsung macam kelmarin okay!!!!! Walaupun dekat traffic light Old Street dengn BPM tu aku depan sekali hahahah yeay

Cuma...

Bila dah sampai semula pusat latihan memandu tu pak enal ngadu dekat mak iti aku bawa 70-80km/j dekat jalan kampung dengan jalan besar hahahaha T________T

Aku pun sengeh jelah bila mak iti perli aku bawa laju sebab aku suka bila orang bawa laju dan bila orang yang drive slow, aku rasa eeee nak tekan minyak je

Aku pun keluar kereta viva. Oh ye lupa nak cakap. Aku belajar naik kereta viva huhuhu okay lah the stereng tak berat. Ok now turn aku jalan jalan bawa kereta guna laluan masa test jpj and naik bukit. Mak iti kata aku kira macam cepat jugak lah sebab baru kelas kedua dah belajar parking, 3 penjuru, lengkok Z, lengkok S dan lain-lain..... Alhamdulillah

Okay part yang naik bukit tu aku macam kena marah ahahahha sebab mati 2 kali tapi masih boleh lagi gelak gelak dalam kereta hahaha

Benda paling susah buat kali pertama is parking aiyooo kena tengok lepas 4 batu lepastu tukar stereng tengok line kuning

Yang paling penting dalam litar tak boleh tekan minyak..... erm


016 - 766 6536 - MAK ITI


masa ni aku tengah tunggu turn nak belajar jalan jalan untuk jpj nanti








No comments: