Dinner 4BPB (UTHM)

8/01/2015

Assalamualaikum. 

MasyaAllah lamanya aku tak buat post. Bukan apa, aku terlampu sibuk dengan pelajaran mungkin. Alhamdulillah aku dah 16tahun. Tapi tak rasmi lagi lah sebab birthday aku 23June. Okay, hati tergerak nak buat 'diari online' ni sebab fikir balik, kenangan ni best tau. Mungkin bila dah 10tahun akan datang, kita baca balik apa yang berlaku dekat diri kita. Tak best gitu? Mungkin akan rindu atau harap ia berlaku sekali lagi atau mahu putarkan masa. Ia sudah terlambat.

All right straight to the point. Semalam, 8/01/2015 (Rabu) fakulti ayah ada buat dinner atau melayu sikit kita panggil makan malam. Haaaaaaa dinner ni diadakan di Hotel D'Impian Inn, Parit Raja. Em lebih kurang 120 orang juga yg hadir. 

The moments that I created with Ayah's students are aku nyanyi lagu cina dengan students ayah. Student cina. Tapi lepas makan-makan tu aku orang pertama yang dipanggil itu nyanyi. Ok senang cakap, karaoke. Lagu yang aku nyanyi ialah tengtengtengteng 老鼠爱大米. That is my favourite song since I was 5 atau 6 macamtu hahaha ya Allah lama sangat dah tak nyanyi lagu tu. 

Dulu masa ada pertandingan menyanyi dekat UTHM untuk anak-anak staf, aku join. Dapat nombor 2 hahahaah alhamdulillah tapi paling tak boleh aku lupakan, masatu aku 6tahun. Berbaju cheongsam merah molek je ayah beli dekat Thailand hahaha masa dekat pentas tu kan. Konon dah ready dah ni mikrofon dekat stand dia tu kan pastu belah kiri aku ada tv kecik. Tujuannya situ ada lirik lah kalau lupa nak jeling jeling haaa boleh lah.

Ok music tu dah start tau, dan lirik dalam tv tu dah warna biru maksudnya lagu tu dah start lah kan tapi orang PA tu dia matikan suara penyanyi. And then aku boleh nangis dekat depan mikrofon tu wakaka dengan gigi takde 1 dekat depan ni haa malunya masyaAllah tapi takpelah tu kecik lagi kan hahaha ok dah tersengih depan laptop dah ni. Lepastu ayah pujuk dekat atas pentas, dah reda semua nyanyi balik ahahahah at last dapat nombor 2. Haaa hebaq idok ahahah tapi aku lupa apa hadiahnya.

Ok rasanya macam dah lari tajuk tapi nevermind. Sambung balik. Lepas makan makan lauk yang disediakan, aku dipersilakan ke depan untuk menyanyikan sebuah lagu (ayat takyah nak skema sangat). Dah nyanyi nyanyi nyanyi tu... !@#$%^&*(_)

Lagu pun habis hahaha lega tapi tetap rindu bahasa cina. I do not know to describes it. Banyak sangat moment sepanjang 8tahun belajar bahasa cina. Banyak dugaan, rintangan. Tapi alhamdulillah hahaha I'm proud of myself. Thankyou mak ayah sekolah saya dkt sekolah cina, hihi.

Lepas turn aku nyanyi. Ayah pula nyanyi lagu Jepun. 3 buah lagu hahaha masa tengah makan tu, berbual dengan student-student ayah. They said ayah was so funny in class even he mengajar/bercerita dkt kuliah/kelas dengan muka selamber tapi student gelak. They asked me ayah macam mana dekat rumah hahaha and I said "sometime annoying, funny, suka buat benda pelik" hahaha. Ayah is my first love, forever and ever.

Okay lepastu dah selfie ambil gambar reramai pe semua dekat pukul 12 juga lah baru habis. Tetiba student cina ayah ajak nyanyi lagu hahaha ok kebetulan aku hafal dan tahu lagu tu. Kitorang pun nyanyi. 2lagu hahaha enjoy. First lagu 童话. Second, 当你孤单你会想起谁. Asyik tukar tukar mikrofon je. Semua lelaki sebab student perempuan cina ayah tak friendly kecuali sorang ni kitorang makan sesama satu meja lepastu berbual dan SELFIE.