Cikgu Muhaya

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah baru saja meraih kemenangan AFC Cup Final 2015. Okay baru rasa free nak update post baru sebab baru je menjalani peperiksaan akhir tahun bagi tingkatan 4 yeay alhamdulillah everything was well. Thank you, Allah. InsyaAllah keputusan yg aku perolehi dapat membanggakan mak ayah even baru form4.

Rabu, 28 Oktober 2015. Minggu yang paling sedih bagi aku haaaa. I really can't describes my feeling. Tarik tersebut merupakan hari persaraan cikgu pendidikan islam aku, Puan Muhaya Ibrahim. Boleh dikatakan tahun ni punya cikgu yang ajar subjek elektif mahupun teras semua guru kegemaran aku. Cikgu Norlaila (BM), Teacher Teh Harisah (BI), Cikgu Rasyiq (SN), Cikgu Fazlinda (PA), Cikgu Zarina (EA), Cikgu Norhayati (PD), Cikgu Zainon (MT), Cikgu Suhana (MM), Cikgu Saripah (SEJ).

Cikgu Muhaya... em dia seorang yang aktif bagi aku. Cikgu pun SU SPM. Cikgu baru ngajar 4bestari tak sampai setahun lah emm rasanya start bulan 2 atau bulan 3 baru ajar kitorang sebab gantikan Cikgu Marina sebab pregnant. Mula-mula rasa teruja sebenarnya sebab dapat tukar cikgu hohoho

First day tu xoxo lah dengan cikgu. Cikgu pun kenalkan diri. Cikgu ni berpengetahuan luas and she have a lot of experiences. Dia suka melancong tu yang pengalaman. Tapi kalau sebelum mengajar dia mesti suka bercerita. Kadang-kadang aku lah gelak paling lama nak berhenti sedangkan yang lain dah berhenti huhuhu

Honestly, aku tak tahu nak ungkapkan apa perasaan yang aku rasa bila dapat tahu cikgu nak bersara on that year. OK. asdfghjkl lah. Cikgu kata 4bestari 2015 lah kelas tingkatan4 yang paling baik daripada beberapa tahun yang lalu setelah sekian lamanya tak mengajar tingkatan4. Alhamdulillah syukur sangat. InsyaAllah kami cuba jadi lebih baik, itu semua hasil didikan orang tua dan guru-guru.

Ok lah straight to the point aku cerita pasal persaraan terus lah heh buat buat kenangan 10 tahun akan datang insyaALLAH panjang umur aku akan baca balik kisah ni.

Masatu hari Rabu so semua akan ada perhimpuan koko macam biasa tapi kali ni buat dekat dewan dan hari yang sama ialah hari peperiksaan ekonomi asas. Dalam pukul 7:45a.m. macamtu semua dah bergerak ke dewan smk tun ismail.

Aku paling excited + sedih + sayu em macam macam lah tu yang tak tahu nak ungkapkan macamne hehehe. Aku dapat tempat duduk area depan baris ke-2 betul betul tengah tengah laluan untuk cikgu hihi. Sementara majlis start apa semua, guru kelas aku Cikgu Zamzarina. Dia main angkat-angkat kening dkt aku dekat pintu kanan hahaha aku pun main lambai lambai sambil buat peace kot kot nak ambilkan gambar ke huhuhu

Tiba-tiba dengan tak semenanya dia panggil. Aku pun omg omg what should i do the event have started okay. Aku dengan malunya lalu depan majlis ke tempat cikgu zam. Ingatkan suruh buat apa. Rupanya kena buat surprise dekat cikgu muhaya. Kena kasi bunga huhu masyaALLAH, what a good + sweet + beautiful experience that i ever had before.

Ok lah bayangkan kena buat surprise yang tak dirancang apa-apa langsung dekat cikgu kesayangan. Apa rasa masatu? hmm sangat teruja. Ok sambil sambil tengah tunggu turn nama disebut untuk kasi bunga, duduk dekat dewan dulu tunggu cikgu panggil. Tengok tayangan video cikgu dulu huhuhu aku dah menangis je tau T.T lepastu dengar cikgu berucap. Ya Allah tak tahan sebak sangat-sangat lagi lagi bila cikgu tengah berucap lepastu terberhenti sebab menangis tersedu-sedu. Aku rasa naaaak sangat naik atas peluk cikgu. Dengar cikgu berucap tetiba dia cakap "saya minta maaf kepada pelajar-pelajar ting5 kalau ada salah silap, pelajar-pelajar empat b..." Ya Allah terus berderas air mata aku masatu. Ni pesan cikgu:


"Jaga solat, jangan derhaka kepada ibu bapa" - Cikgu Muhaya

Masa dah dipanggil tu, aku kena bawa sorang pelajar pendidikan khas. Dia kasi dekat guru dia, aku kasi dekat cikgu muhaya. Masa on the way ke tangga aku dah tak tahan ayir mata ku sudah mengalir~~~ Aku salam cikgu dan kasi cikgu muhaya that roses and she hug me tighly. MasyaAllah aku rasa tu pelukan hmm entahlah tak boleh sangat nak describes T.T masa peluk tu sempat lagi cakap "Cikgu... saya sayang cikgu...". Ok jujur ni lah lisan pertama yang aku ungkapkan dekat cikgu "saya sayang cikgu" dengan sebaknya. Sebelum sebelum aku pun sayang cikgu tapi aku malu nak cakap so aku kirimkan doa sahaja..

Masa dah bisik tu, cikgu pun cakap "sabar ye kakak.. saya pun sayang kakak...". Ya Allah, kau berikanlah kesejahteraan kepada cikgu muhaya di dunia dan di akhirat. Amin ya rabb..

Okay dah habis majlis tu cikgu pun lalu laluan tengah-tengah. Aku dapat salam dan dapat pelukkk lagi cikgu muhaya. Haaaa tak tahu nak describes macam mana perasaan tu tak dapat tahan sangat. How I love her so much. Tiba peluk hani, ain, sya pun lama sangat haih tak dapat nak ungkapkan macam mana.

Melalui hari persaraan tersebut, pengalaman yg aku dapat ialah make a surprise dekat cikgu kesayangan aku sendiri and have a hug anddd said "saya sayaaaang cikgu"

Semoga segala ilmu yang cikgu dah curahkan diberkati Allah. Amin..