EXP- Explore The Unknown Potentials

Jumaat. 1/4/2016

Assalamualaikum w.b.t

Selamat pagi everyoneeee! Punyalah pagi betul buat post ni sementara masih ingat program EXP semalam huhu takut terlupa. Sebagaimana yang anda semua tahun EXP ni merupakan sebuah seminar perkongsian ilmu dan pengalaman oleh 2 orang graduan Universiti Sains Malaysia dan sesi pembelajarran Ultra-Dynamic berbentuk 'High-Impact Learning'

Ok tak faham kan tak faham kan tak faham kan ok takpe kita sambung cerita.

Semalam semangat betul sebab tiba di Dewan Orang Ramai (tapi kapasiti yang tak berapa nak ramai) Parit Raja seawal jam 7 pagi!!!!! hahahaha datang awal awal tapi member tak datang datang. Sampai je terus pergi kaunter kedatangan untuk ambil kedatangan dan pakai sticker dekat lengan tapi saya pakai tak lekat-lekat sbb tangan ada losyen hahahaha so saya lekatkan dekat botol air je.

Ok program EXP bermula dari sini...

Pukul 7:15 mcmtu saya dah start berdiri depan pintu dewan haa buktinyaaaa!!!

Punya lah tunggu masyaAllah panasnya Allahuakbar saaaaampai pukul 8:15pg pintu dewan acah-acah pulak kejap buka kejap tutup hahaha! And lastlyyy pintu pun buka pada pukul 8:35pg. Masuk dewan tu ya Allah macam kambing keluar kandang tapi ni masuk kandang ahahahaha sampai masuk je dewan terjatuh-jatuh. Dan  masa berpusu-pusu  masuk dewan tu, orang tolak sana sini haa saya pun tak berjalan, bergantung kepada orang yg tolak-tolak tu hahahaha :p

Fuh akhirnya dapat juga rasa kesejukan air-cond tapi sekejap je sebabbbbb abang Zaza (pengacara) dah startkan program omg i'm so excited!!!! Selepas beberapa minit, abang Zaza welcome abang Azhar Jalil!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Saya paling excited sebab kalau tepuk tangan je mesti angkat tangan pastu tepuk yang lain relax je hehehe. Kami buat warm up apa semua menari menari paling syok! Tarian yang paling aku suka yang ada lompat-lompat tu hahahaa ok aku lompat betul betul dan bila part abang Zaza dan abang Azhar suruh jerit tu saya jerit sekuat-kuat suara saya, sepuas-puas hati saya sebab saya nak lepaskan segala stres, geram, marah yang ada dalam diri saya!! Happy sangat

Program pun dah mula dalam pukul 8:45pg tak silap saya. Abang Azhar baca peraturan-peraturan bila program berlangsung. Paling penting no video, no selfie masa program berlangsung ok! Dipendekkan cerita....

Dah berapa lama sikit tu, abang Azhar welcome abang Solihin Razali!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! It's was my first time I saw him face to face hahaha handsome lah juga hehehehhee tapi sebelum panggil abang Solihin, abang Azhar kutuk abang Solihin "hidung pemadam" "bibir tebal" "muka kotak" "pendek" hahahahhahahaha!!

Abang Solihin memperkenalkan diri sendiri. Salute gila ah sebab result UPSR, PMR, SPM straight A's dan kerja dengan Petronas!!!! Tapi berhenti kerja dan kerja dengan syarikat abang Azhar kononnya kutuk syarikat abang Azhar sebab gaji bulanan satu syarikat RM7 000 tapi bila kali kan dengan 7 syarikat, mahu taknya nak dekat RM50 000. Terus abang Solihin minta kerja kahkahkah

Abang Solihin ada 3 nama. Nama melayu Muhammad Solihin bin Muhammad Razali. Nama korea Soo Lee Hin hahahahahahahahahha!! Nama jepun MuSoMuRa hahahahahaa!! Abang Solihin kutuk-kutuk abang Azhar hahahah adoii sakit perut saya asyik gelak je. Abang Solihin kata abang Azhar ni selekeh lah, muka ternganga lah, berak dekat tepi longkang lah haih ada-ada je!!

Abang Solihin kongsi 9 teknik yang dia dah gilap sejak darjah 4 hahahaha saya geram part bila abang Solihin "teknik yg saya gilaaaap" (gaya gosok tangan) hahahahah lepas dia dah pergi dari satu teknik ke satu teknik, dia cakap "nak tahu tak abang pakai teknik? siapa nak tahu angkat tangan kanan say "aaaaaaaiiii..."" lepastu sambung cakap lagi "haa tanya lah abang macamne" kami semua pun "haaa macam mana?!!!!!" "ok tanya orang nak tahu ke tidak" kami semua pun "haa nak tahu takkk?" abang Solihin "tekniknya adalah yang saya gilaaaaap sejak dari darjah 4, darjah 5, darjah 6" hhahahahha he keep repeating doing that style! I'm gonna miss that moment!

Selepas abang Solihin dah kongsi 9 teknik yang dia dah gilap sejak darjah 4, darjah 5, darjah 6. Jam pun dah pukul 12:45tgh. Kami semua rehat. Lelaki terus ke masjid untuk solat Jumaat. Yang perempuan pula pengetua sekolah saya buka pagar sekolah so perempuan boleh solat zohor dekat surau sekolah.

Disebabkan rumah saya dekat jadi saya balik rumah je masa rehat tu hehehe. Abang Azhar kata pintu dewan akan dibuka pada jam 2:20tgh tapi sampai 2:30tgh hari buka lepastu nak masuk dewan tu mashaAllah macam nak masuk pagi tadi haa berebut sampai yang terjatuh-jatuh pun ada. Nampak tak semangatnya kita nak pergi majlis ilmu EXP wahahaha

Slot seterusnya adalah pasal emosi emosi gitu lah saya tak tahu slot yang spesifiknya. Okay slot ni sangat tersentuh. Abang Azhar yang kendalikannya. Abang Azhar suruh kami tutup mata dan dalami setiap butir perkataan yang abang Azhar sebut sambil berlatarbelakangkan muzik yang sangat sayu Allahuakbar.

Sangat beremosi masatu hanya Allah je tahu. Sesungguhnya saya amat menyayangi mak dan ayah saya.

Selepas habis je slot emosi tu. Abang Azhar kasi peluang dekat kami untuk telefon/ message/ whatsapp orang yang kita sayang. Abang Azhar kasi 3 minit sahaja. Punya lah saya takut tak berkesempatan nak cakap "ifa sayang mak" "ifa sayang ayah" dekat orang yang paaaling saya sayang. Jadi, saya beranikan diri korbankan kredit yang saya ada untuk call mak dan ayah saya. Allahuakbar. Sebaknya.


Haaaaaa buktinya :)